Tentang kami
Mamasab International Sdn Bhd (dulunya Sabrina Bakery Sdn Bhd) merupakan sebuah syarikat yang menjual produk-produk bakeri dan manisan (desserts) selain produk-produk kelengkapan rumah yang lain, dengan menggunakan sistem ejen dropship. Mamasab international kini sudah memiliki 12 cawangan seluruh Malaysia, dengan hasil jualan sebanyak 100 juta untuk tahun 2020. Kini Mamasab sudah melebarkan sayap di dalam bidang kosmetik, fesyen dan kelengkapan rumah dan mensasarkan sebanyak 35 cawangan pada tahun 2021.
Mamasab diasaskan oleh Pn. Siti Sabrina bt Sobri atau lebih dikenali sebagai nama Mama Sabrina @ MamaSab. Beliau merupakan bekas radiographer disebuah hospital kerajaan yang bertempat di Lembah Klang.
Mama Sabrina memulakan perniagaan kek dan bakeri dari rumah beliau di Klang, pada tahun 2015. Pada waktu itu, Mama Sabrina banyak belajar resepi kek melalui kelas-kelas dan video youtube.
Demi mengembangkan perniagaan mamasab, Pn Sabrina sanggup belajar dari bermacam-macam guru pakar perniagaan di Malaysia. Alhamdulillah, cawangan Mamasab pertama di buka pada tahun 2018 di Petaling Jaya, dan dalam tempoh 3 tahun saja, Mamasab kini sudah memiliki 12 cawangan di seluruh Malaysia.
Bisnes Mamasab merupakan bisnes yang berkonsepkan kekeluargaan. Nilai keluarga di pegang oleh founder Mama Sabrina, yang menganggap dirinya sebagai seorang ibu yang bertanggungjawab membimbing dan mendidik seluruh staff, ejen dan jemaah runner Mamasab.
Mama Sabrina merupakan founder yang amat mudah didekati, yang sentiasa mengajak ejen dan dropship nya ke rumah. Beliau juga sangat santai dan “sempoi” dengan semua team Mamasab.
Visi & misi
MISI
- Menjadi sebuah organisasi yang mewujutkan platform perniagaan yang lebih sistematik dan teratur.
- Menjadi perintis usahawan (networking) melalui sistem sokongan yang berterusan dan tanpa modal secara holistic dengan menawarkan rangkaian produk dan perkhidmatan untuk semua lapisan masyarakat.
- Mamasab berjuang menginspirasi masyarakat untuk menaikkan taraf hidup dalam mewujudkan legasi yang unggul.
VISI
Organisasi utama yang membangunkan ekonomi dan insaniah ke arah melahirkan generasi unggul.
NILAI
“Love, Respect ,Togetherness, Innovation & Responsibility.”
Profil syarikat
MAMASAB FROZEN SDN. BHD. (1367289-D)
MAMASAB INTERNATIONAL SDN. BHD. (1217595-W)
MAMASAB COSMETICS SDN. BHD. (1343803-D)
Jualan & Outlet pertubuhan syarikat (2017-2024)
Kekuatan kami terletak pada pembuatan dan pengedaran. Faktor penentu bagi pertumbuhan kami adalah seberapa pesat kami menubuhkan pusat pengeluaran dan pengedaran baharu kami. Kami menyasarkan untuk menubuhkan sekurang-kurangnya 30 cawangan dan mencecah RM400 juta dalam pendapatan menjelang akhir tahun 2022.