Bakeri Pertama Di Malaysia Menggunakan Sistem Rankaian
Sejak penubuhannya pada tahun 2015, Mamasab telah mencatatkan pertumbuhan yang konsisten dan memberi impak yang nyata kepada industri makanan tempatan. Bermula dari sebuah dapur kecil, hari ini Mamasab berdiri sebagai salah satu jenama kek terbesar di Malaysia.
Pencapaian ini tidak hanya menggambarkan angka, tetapi juga menzahirkan peluang telah dicipta kehidupan yang berubah, serta keyakinan yang terus dibina bersama pelanggan, rakan niaga, dan seluruh komuniti Mamasab
Mamasab International Sdn. Bhd (dahulunya dikenali sebagai Sabrina Bakery) merupakan sebuah syarikat bumiputera yang menjual produk bakeri, manisan dan biskut, dengan menggunakan sistem ejen.
Melewati 10 tahun dalam industri, Mamasab kini sudah memiliki 6 buah kilang utama dan 200 mini cawangan di seluruh Semenanjung Malaysia dan Singapura.
Mamasab diasaskan oleh Puan Siti Noor Sabrina Soobri atau lebih dikenali sebagai Mama Sabrina. Sedikit latar belakang tentang pengasas, Mama Sabrina pada dahulunya merupakan seorang Radiographer di sebuah hospital kerajaan. Pada tahun 2015, Mama Sabrina mula menjalankan perniagaan bakeri ini secara sampingan dan hanya memperoleh tempahan dari kenalan-kenalan di tempat beliau bekerja. Selain itu, beliau tetap bekerja sepenuh masa di Hospital PPUM sebagai Radiographer selama 10 tahun sebelum membuat keputusan untuk menumpukan sepenuh perhatian kepada perniagaannya yang mula berkembang.
Demi mengembangkan perniagaan Mamasab, Puan Sabrina dan suami yang merupakan Ketua Pengarah Eksekutif (CEO) Mamasab telah menghadiri pelbagai kelas pengurusan perniagaan untuk membawa Mamasab ke peringkat yang lebih tinggi.
Hasil dari usaha menuntut ilmu dan mendapatkan nasihat dari yang pakar, Mamasab telah membuka cawangan yang pertama pada tahun 2017 di Petaling Jaya, diikuti dengan Cyberjaya dan Shah Alam.
Bisnes Mamasab merupakan bisnes yang berkonsepkan saling membantu antara satu sama lain dalam pembentukan sama ada dari sudut kemahiran perniagaan, kemahiran kepimpinan serta kemahiran pengurusan diri dan kekeluargaan.
Kini, Mamasab terus pandang kedepan dan berusaha untuk kekal relevan dan cemerlang dalam industri bakeri, selari dengan visi dan misi yang membentukan perniagaan dan ekosistem yang lebih berkesan serta memberi impak kepada seluruh masyarakat, negara dan dunia.
Tiga rasa istimewa, satu kebahagiaan bersama daripada Mamasab International Sdn. Bhd.
Mamasab Bakery
Lubuk kek No.1 di Malaysia serta pilihan ramai bagi yang mahu merancang kejutan untuk yang tersayang. Satu-satunya yang boleh anda percayakan, tanpa halangan masa, pilihan dan hari penghantaran.
terokai Dunia
Manisan kami!
Nurra Plus
Minuman seisi keluarga yang dibuat dengan penuh perhatian, kasih sayang, sedap dan menyihatkan. Pilihan yang lebih baik untuk gaya hidup yang proaktif dan produktif.
Nikmati Kelazatan Yang Menyokong Tubuh Anda Sekarang!
Mamasab Frozen
Memasak atau berkelah dengan lebih yakin, biar magis daripada 24 rempah ini bantu anda! Menjadi pilihan ramai sejak 2017, nikmati hidangan barat mahupun klasik dengan air tangan sendiri.
Rasai Magiknya Dengan seisi keluarga sekarang!
MISI
VISI
Organisasi utama yang membangunkan ekonomi dan insaniah ke arah melahirkan generasi unggul.
NILAI
“Love, Respect ,Togetherness, Innovation & Responsibility.”
MISI
VISI
Organisasi utama yang membangunkan ekonomi dan insaniah ke arah melahirkan generasi unggul.
NILAI
“Love, Respect ,Togetherness, Innovation & Responsibility.”
Bersama bergerak, bersama mencipta kejayaan
Struktur organisasi Mamasab dibentuk bagi memastikan setiap bahagian bergerak secara tersusun, efektif dan selari dengan visi syarikat dalam memberikan produk serta perkhidmatan terbaik kepada pelanggan.
SITI NOOR SABRINA BINTI SOOBRI
Adivsor & Chairman
Muhammad Rizal bin saim
chief executive officer
NURUL NABILAH BINTI ABU BAKAR
BUSINESS OPERATION
MUHAMMAD AFIQ BIN KHALID
Manager hr & administration
MOHAMMAD AL HAKIM B MOHD
manager warehouse
KHUZAIMAH BINTIHASAN
senior area manager petaling jaya
NAIEMAH BINTI MD YAHYA
senior area manager Penang
ELFIRA WAHIDA BINTI ABD WAHID
Senior area manager Johor
WAN MAHATHIR BIN WAN MUSTAFA
area manager pahang
NUR HAZWANI BINTI MOHD FADZIL
area manager Melaka
NUR AMIRAH BINTI ALIAS
area manager kajang
NURUL NADIRA BINTI SHAARI
junior area manager pahang
NOR SAADIAH BINTI ARIPIN
personal assistant
MOHAMAD RIDUAN BIN RAMLI
personal assistant
Sila isi maklumat di bawah untuk memohon jawatan ini. Kami akan hubungi anda jika layak.